comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelancong berbogel di balkoni hotel, ditahan

FOTO: NSTP

SEMPORNA: Seorang pelancong warga China ditahan selepas rakaman aksi videonya yang berbogel di balkoni sebuah hotel di sini, tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, lelaki berusia 40 tahun itu ditangkap kira-kira 9.30 malam, pada Khamis.

Beliau berkata, tangkapan ke atas suspek susulan rakaman video berdurasi sembilan saat yang memaparkan seorang lelaki keluar dari bilik hotel tanpa pakaian (bogel) di balkoni sebuah hotel yang menghadap jalan raya.

“Aksi lelaki itu bagaimanapun telah dirakam oleh orang awam yang melalui kawasan terbabit sebelum tersebar di laman media sosial,” katanya menerusi kenyataan media di sini, sebentar tadi.

Mohd Farhan berkata, suspek kini ditahan reman selama empat hari sehingga 12 Jun untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan kerana kesalahan berkelakuan lucah di tempat awam dan boleh dihukum penjara selama tempoh tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Individu yang ada merakam kejadian itu juga diminta supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Khadijah Mohd Seruji atau tampil di IPD Semporna atau mana-mana balai berdekatan,” katanya.

Loading...
Terkini