comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelanggan dibenar cuba pakaian, kasut

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk membenarkan pelanggan mencuba pakaian atau kasut untuk mendapat saiz yang sesuai di premis perniagaan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, berikutan tiada kes positif COVID-19 yang berlaku di pusat beli belah.

“Jadi, sudah boleh kita nak mencuba baju baharu yang kita beli di bilik persalinan. Tidak timbul isu lagi.

“Bagaimanapun, bagi kasut, kita galakkan sebaik-baiknya untuk pelanggan menggunakan stoking sendiri.

“Jangan ada stoking yang dikongsi di kedai kasut berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di sini hari ini.

Loading...
Terkini