comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu Bas Ekspres Terima Bantuan Kewangan RM500 Secara ‘One-Off’

Kementerian Kewangan bersetuju untuk memperuntukkan bantuan kewangan secara sekali-beri atau ‘one-off’ berjumlah RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata persetujuan itu dicapai selepas Kementerian Pengangkutan (MOT) membangkitkan permasalahan membabitkan pemandu bas ekspres yang terkesan akibat pandemik COVID-19 kepada Kabinet

“Pemberian bantuan ini akan melibatkan anggaran 6,600 penerima dengan peruntukan berjumlah RM3.3 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+)”
“Syarat-syarat kelayakan akan ditetapkan oleh pihak MOT bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak bagi tujuan penyaluran bantuan ini. Proses penyaluran bantuan akan dilaksanakan dengan segera sebaik sahaja peruntukan bantuan diterima oleh MOT dan agensi-agensi pelaksana berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, sebagai pemakluman awal, syarat-syarat utama bagi menentukan kelayakan penerima bantuan ini yang akan ditetapkan kepada pemandu bas ekspres adalah seperti berikut:-

  1. Individu / pemandu bas ekspres adalah warganegara Malaysia;
  2. Individu / pemandu adalah berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekspres, dan mempunyai caruman PERKESO yang masih sah, di mana caruman PERKESO adalah dilaksanakan oleh pihak syarikat /pengusaha bas ekspres;
  3. Individu / pemandu bas ekspres mempunyai Lesen Vokasional yang sah dengan mengambil kira tempoh pengecualian pembaharuan Lesen Vokasional yang telah diberikan oleh MOT sepanjang tahun 2021;
  4. Hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan/atau lesen/permit kenderaan bas ekspres yang sah dengan APAD atau LPKP Negeri Sabah/Sarawak yang layak memohon bantuan ini bagi pemandu bas ekspres mereka;
  5. Individu / pemandu yang telah menerima bantuan sebagai pemandu bas sekolah, bas pelancongan, teksi atau e-hailing sebelum ini tidak lagi layak menerima bantuan kepada pemandu bas ekspres;
  6. Pihak syarikat / pengusaha bas ekspres adalah dikehendaki mengemukakan maklumat individu / pemandu bas ekspres di bawah syarikat masing-masing yang lengkap (mengikut template yang akan ditetapkan) kepada pihak APAD dan LPKP Negeri Sabah dan LPKP Negeri Sarawak bagi tujuan saringan kelayakan dan penyaluran bantuan. Bagi tujuan ini, pihak syarikat / pengusaha bas ekspres bolehlah mula menghubungi Pejabat APAD dan LPKP Negeri Sabah dan LPKP Negeri Sarawak terdekat bagi tujuan penyelarasan pemberian bantuan ini.
    MOT juga akan mengenal pasti langkah-langkah yang lain dan meneliti garis panduan bagi membantu pihak pengusaha bas ekspres dapat menyediakan perkhidmatan kepada tahap yang normal, dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak berwajib yang lain dan persatuan syarikat / pengusaha bas ekspres.
Loading...
Terkini