comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemandu lori bertengkar sambil pegang parang direman tiga hari

SUNGAI PETANI: Pemandu lori tular yang ditahan polis kerana memegang parang dalam pertengkaran dengan seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda di sebuah stesen minyak di Gurun, ditahan reman tiga hari bermula hari ini.

Artikel berkaitan : Bertengkar guna parang, pemandu lori ditahan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, berkata suspek direman sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya (ABKLSB) 1958 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Sejak semalam, tular video pertengkaran membabitkan suspek sambil memegang parang dengan seorang individu.

@buletintv3

Pemandu lori bertengkar sambil pegang parang direman tiga hari #beritatiktok #buletintv3 #tular

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

 

Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan lelaki terbabit memegang parang sambil dileraikan orang awam.

Kejadian dipercayai berlaku pada 1 Julai lalu dipercayai gara-gara tidak puas hati apabila pemandu kenderaan empat roda itu membunyikan hon kepada pemandu lori terbabit menyebabkan suspek naik berang.

Loading...
Terkini