comscore
Tumpuan :
Nasional

Lindungi bot nelayan: Lima penguatkuasa disyaki terima rasuah, direman

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Lima penguat kuasa direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot serta ‘runner’ sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985.

Perintah reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret, Siti Norhidayah Mohd Noor di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mereka antara 11 individu ditahan semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Alor Star berhubung kes itu.

Dua orang awam yang ditahan dipercayai memberi rasuah kira-kira RM300 hingga RM7,000 kepada sembilan penguat kuasa yang berkhidmat di Kuala Kedah, Batu Uban dan Langkawi.

Kesemua penguat kuasa terbabit dipercayai melakukan kesalahan itu dari  2018 hingga 2021 dan mereka ditahan kerana menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

Enam daripada mereka bagaimanapun dibebaskan atas jaminan SPRM selepas keterangan diambil.

Siasatan kes mengikut  Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini