comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu MPV maut dirempuh treler di Felda Bukit Batu

KULAI: Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas kenderaannya terbabit kemalangan dengan sebuah lori treler di Felda Bukit Batu di sini hari ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Penolong Penguasa Bomba Fairuz Helmi Mohd Ali panggilan berhubung kemalangan itu diterima pada jam 6 petang.

Susulan itu 10 anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dikejarkan ke lokasi.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori treler 30 tan dan sebuah MPV jenis Toyota Avanza.

“Dalam kejadian tersebut, pemandu lori treler berusia 43 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tan Seng Lee mengesahkan pemandu MPV berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemandu Toyota Avanza Muhammad Noor Ikhmal Kamarudin, 21, tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Loading...
Terkini