comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PEMBAWA cadang kerajaan beri kuota penuh subsidi diesel kepada pengusaha bas ekspres

 


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) hari ini mencadangkan pemberian kuota penuh diesel sebanyak 10,000 liter bagi sebuah bas kepada pengusaha bas ekspres seluruh negara.

Menurut Yang Di Pertuanya, Laili Ismail, ia bagi mengurangkan kerugiaan yang terpaksa ditanggung pengusaha bas ketika ini.

Ia susulan pemberian kuota yang diluluskan kerajaan sebanyak 6,000 liter sebulan bagi sebuah bas ekspres tidak mencukupi.

“PEMBAWA merayu kerajaan meluluskan kuota penuh subsidi diesel persatuan bas ekspres.

“Pengusaha bas ekspres disenarai sebagai penerima subdisi diesel dengan kuota 6,000 liter sebulan untuk sebuah bas.

“PEMBAWA mengucapkan terima kasih kerajaan atas kuota itu, namun ia masih tidak mencukupi terutama pengsuaha beroperasi skala besar,”jelasnya.

Berita lanjut akan menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini