comscore
Tumpuan :
Nasional

Pembayaran Tanpa Tunai Di Klinik, Hospital Kerajaan Bermula 1 Oktober Ini

PETALING JAYA: Semua klinik dan hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) akan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai mulai 1 Okt ini.

Menerusi pekeliling yang dikeluarkan KKM, Ketua Setiausahanya, Harjeet Singh berkata, pembayaran menggunakan kad debit, kredit dan e-dompet akan diterima di semua kemudahan kesihatan kerajaan.

Bagaimanapun, bayaran secara tunai hanya dibenarkan, jika pelanggan tidak mempunyai sebarang mod e-bayaran atau akaun bank.

Harjeet berkata, kaedah pembayaran tanpa tunai dilaksanakan demi mengurangkan risiko berlaku ketirisan wang haram.

Selain mahu meningkatkan kecekapan dan pengurusan menerima hasil di kauter yang cepat mudah dan selamat.

Ia juga akan mengurangkan kos dan proses kerja dalam urusan kutipan hasil di pusat dan mengurangkan risiko jangkktan COVID-19 di kaunter bayaran melalui platform tanpa sentuh.

Beliau berkata, KKM menjangkakan sekurang-kurangnya 95% transaksi terimaan tanpa tunai di klinik dan hospitalnya menjelang akhir tahun ini.

Loading...
Terkini