comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemilik kilang dikompaun kali kedua sebabkan jalan berlubang – MPHS

Kerja-keja menurap semula jalan Persiaran Majlis, Bukit Beruntung dilakukan susulan tular nahas membabitkan dua motosikal akibat jalan berlubang, baru-baru ini. – FOTO: NSTP/Ihsan MPHS

HULU SELANGOR: Pemilik sebuah kilang yang menyebabkan jalan berlubang sehingga mengakibatkan nahas dua motosikal di Jalan Persiaran Majlis, Bukit Beruntung, di sini, kelmarin dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) buat kali kedua.

Kenyataan MPHS memaklumkan tindakan diambil mengikut Akta 133 Seksyen 39(2) kerana kesalahan merosakkan tempat turap.

Kompaun pertama sudah dikeluarkan April lalu.

Kerja-keja menurap semula jalan Persiaran Majlis, Bukit Beruntung dilakukan susulan tular nahas membabitkan dua motosikal akibat jalan berlubang, baru-baru ini. – FOTO: NSTP/Ihsan MPHS

“Kerosakan jalan disebabkan kerja korekan jalan pihak ketiga iaitu kontraktor pembinaan bagi membina sebuah kilang di Jalan Kantan yang dilaksanakan tanpa kebenaran atau kelulusan MPHS.

“Untuk tindakan awal, MPHS telah mengarahkan kerja-kerja tersebut dihentikan dan diarah kepada pelaku untuk menurap semula jalan itu (Jalan Persiaran Majlis).

“Namun, mula berlaku mendapan semula akibat daripada kerosakan lapisan dasar jalan. Sekali lagi MPHS mengeluarkan arahan semula kepada pelaku untuk menurap semula pada Julai lalu,” katanya sebagai mengulas laporan sebuah akhbar mengenai kemalangan itu, baru-baru ini.

Menurut MPHS, pada 16 Disember lalu pihaknya mendapati masih terdapat kerosakan pada jalan sama.

“Pemilik kilang diarah membaiki jalan tersebut dan dirancang untuk melaksanakan kerja pembaikan pada Isnin, 18 Disember.

“Bagaimanapun, selepas kemalangan dua motosikal yang melanggar lubang itu MPHS mengarahkan segera kerja-kerja tampalan dibuat pada hari kejadian,” katanya.

Siasatan di lokasi mendapati kerja pembaikan sedang dilaksanakan.

Loading...
Terkini