comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf

Oleh : Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menuntut DAP memohon maaf terhadap segala tohmahan yang dilemparkan kepada parti itu sebelum ini bagi melembutkan hati ahli UMNO.

Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata DAP juga perlu membuktikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada parti berkenaan yang mempunyai pemikiran anti Islam dan Melayu adalah tidak berasas.

“Kalau masa nak tubuh Kerajaan Perpaduan dulu DAP terbang ke Sarawak berjumpa dengan GPS meminta maaf maka hari ini kalau nak lembutkan hati orang UMNO kalau betul-betul suci nak menjalinkan tali persaudaraan kita tarik balik segala tohmahan yang diberikan kepada UMNO dulu”

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia WTC di ibu negara hari ini.

Tambahnya, beliau mengakui kedudukan UMNO bersama DAP dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini sedikit meresahkan akar umbi parti itu.

Ujar Dr. Muhammaad Akmal penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini juga dibuat atas faktor titah Yang Di Pertuan Agong untuk menjamin kestabilan politik negara.

Loading...
Terkini