comscore
Tumpuan :
Nasional

Pendedahan identiti Mr H dikhuatiri akan mengganggu siasatan – KPN 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan tiada keperluan untuk mendedahkan identiti individu yang disebut-sebut sebagai Mr H, yang dikaitkan dalam kes fitnah membabitkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM).

Ini memandangkan siasatan masih lagi dijalankan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pendedahan identiti Mr H dikhuatiri akan mengganggu siasatan yang dijalankan.

“PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah memanggil semula Mr H pada hari ini (30 November) bagi tujuan sambungan rakaman percakapan.

“Setakat ini pihak polis sudah memanggil lapan individu bagi membantu siasatan,” katanya.

Razarudin berkata, selain lapan individu terbabit, pihaknya mengesahkan tiada individu lain yang akan dipanggil selepas ini.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara, esok, selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini