comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wahab gagal dikesan, telefon bimbit dimatikan – KPN

KUALA LUMPUR: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, masih gagal  tampil bagi membantu siasatan polis berhubung rakaman video perbualan lucah membabitkan dirinya dan bekas bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menggunakan pelbagai cara dalam usaha mengesan Wahab.

“Meskipun sudah dipanggil untuk membantu siasatan, Wahab masih belum tampil untuk membantu polis berhubung siasatan kes berkenaan.

“Kita menggunakan pelbagai cara termasuk menghubunginya namun telefon bimbit miliknya dimatikan,” katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, tindakan polis mengesan Wahab melalui peguamnya juga menemui jalan buntu selepas lelaki berusia 33 tahun itu turut tidak menjawab panggilan.

“Justeru saya meminta kepada Wahab untuk segera tampil untuk proses rakaman percakapan bagi membantu siasatan sekaligus menyelesaikan kes berkenaan dalam kadar segera.

“Maklumat dan keterangan daripada Wahab amat penting sekaligus dapat mengesahkan peranan Mr H dalam kes berkenaan,” katanya.

Pada satu sidang media di sebuah hotel pada di Bangi, sebelum ini, Wahab mendedahkan tindakannya merakam perbualan antara dirinya dan Mohammad Agus didalangi seorang individu dikenali sebagai Mr H.

Jumaat lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan   pihaknya sudah merakam percakapan tiga individu iaitu Mohammad Agus, individu yang dikatakan Mr H dan pekerja hotel lokasi sidang media diadakan.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini