comscore
Tumpuan :
Nasional

Perginya Hail Amir: ‘Sempat beraya, saya harap lagu raya arwah akan sentiasa diputar’ – Anak 

GOMBAK: ‘Sempat balik beraya dengan dia balik kampung tapi dah ajal dia di penghujung Aidilfitri,” itu perkongsian anak penyanyi dan pelakon veteran era 70-an, Allahyarham Datuk Hail Amir ketika ditemui Buletin TV3 sebentar tadi.

Jelas Lutfi Ameer, 26, anak keempat Allahyarham itu tidak dapat menahan sebak ketika mengenangkan sifat kebapaan penuh dengan kasih sayang dicurahkan Allahyarham sejak kecil sehingga kini.

“Dia adalah seorang bapa yang tidak akan pernah orang lain dapat, seorang penyanyi terkenal, hebat, dicintai ramai, seorang hamba disayangi ramai orang sebab hari ini terlalu ramai saudara mara, kawan-kawan di sini.

“Dia memang bapa yang penyayang, dua hari sebelum tu saya banyak bersembang dengan dia tapi perkara itu saya biar saya dengan dia je tahu,” ujarnya.

Tambah Lutfi Ameer, sebagai anak kepada penyanyi lagenda tanah air, sokongan yang diberikan peminat serta rakyat terhadap Allahyarham ayahnya amat disanjungi.

“Akan sentiasa diingati kita takkan terlupa, kita sentiasa mengingati dia.

“Sempat balik beraya dengan dia balik kampung, Alhamdulilah dia okay tapi dah ajal dia penghujung Aidilfitri.

“Semoga lagu raya dia makin berkumandang di kemudian hari. Terima kasih kepada semua yang datang dan semua yang mendoakan dia dan yang sentiasa menyokong dia dari hari pertama sampai hari ini, terima kasih,” katanya lagi.

Sebelum ini, Hail pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan dalam wad akibat masalah jantung.

Hail yang berasal dari Pulau Pinang, dimasukkan ke HKL pada Isnin selepas mengalami masalah batuk berterusan sejak Ahad.

Allahyarham meninggal seorang balu, Safiah Ibrahim, 72 tahun dan empat cahaya mata masing-masing berusia antara 26 hingga 40 tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini