comscore
Tumpuan :
Nasional

Perhimpunan #KamiMahuAir tiada kelulusan dan permit polis

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Perhimpunan bagi membantah isu bekalan air yang dihadapi Universiti Malaysia Sabah (UMS) ‘Sekretariat Kami Mahu Air Sabah’ yang dijangka akan dibuat Jumaat ini tidak mempunyai permit serta kelulusan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu tidak memproses permohonan daripada penganjur disebabkan permohonan terbabit tidak dilengkapkan dengan dokumentasi yang diperlukan.

“Kita sudah menghantar surat maklum balas kepada penganjur yang menyatakan permohonan berkenaan tidak dapat diproses.

“Surat berkenaan dihantar melalui pos dan aplikasi WhatsApp kerana pihak penganjur tidak dapat dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Kasim menegaskan bahawa orang ramai terutama pelajar siswa siswa dinasihat supaya tidak terbabit dalam perhimpunan ini.

Difahamkan satu memorandum juga akan dihantar kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor semasa perhimpunan yang akan dijalankan di hadapan Menara Kinabalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini