comscore
Tumpuan :
Nasional

Perjalanan akhir 10 perajurit negara

 

Ikuti perkembangan terkini secara langsung perjalanan akhir bagi 10 wira negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa (23 April 2024)

Berikut adalah kronologi perjalanan akhir 10 perajurit negara pada Rabu:

10.00 pagi: Proses bedah siasat terhadap semua mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).


2.30 petang: Waris keluarga mangsa nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas pada pagi Selasa dibawa ke Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).


2.40 petang: 10 van jenazah dilihat mula bergerak keluar dari pintu utama 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Pergerakan semua kenderaan berkenaan dipercayai menuju ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebagai persediaan membawa keluar jenazah.


2.49 petang: Kenderaan jenazah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tiba di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).


4.40 petang: Jenazah lapan daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut dibawa ke Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), dekat Jalan Tambun, Ipoh untuk disolatkan.

Lapan jenazah mangsa berkenaan diberikan penghormatan terakhir mengikut istiadat ketenteraan di Batalion Ke-23 RAMD sebelum dibawa ke lokasi pengebumian mengikut permintaan keluarga masing-masing.


Berikut adalah lokasi pengebumian jenazah mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut :

  • Allahyarham Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin TLDM
    Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, KL-Karak, Kuala Lumpur
  • Allahyarham Lt Kdr Amirulfaris Mohamad Marzukhi TLDM
    Tanah Perkuburan Islam Senawang, Negeri Sembilan
  • Allahyarham Kdr Muhammad Firdaus Ramli TLDM
    Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sungai Nibong, Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • Allahyarham Kdr Muhamad Amir Mohamad TLDM
    Tanah Perkuburan Islam Felcra Bukit Kepong, Johor
  • Mendiang Lt Sivasutan Thanjappan TLDM
    Sitiawan, Perak
  • Allahyarham PW II TMK ( AQM) Mohd Shahrizan Mohd Termizi
    Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Lekir, Perak
  • Allahyarham PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol Tamadun
    Tanah Perkuburan Masjid AlMuhtadin, Sik Dalam, Kedah
  • Allahyarham PW II TNL Norfarahimi Mohd Saedy
    Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Nor, Rantau Panjang Selama, Perak
  • Allahyarham BM TNL Nor Rahiza Anuar
    Tanah Perkuburan Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, Yan, Kedah
  • Mendiang LK JJM Joanna Felicia anak Rohna
    Serian, Sarawak

4.50 petang: Jenazah Allahyarham Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin tiba di Masjid Salahuddin Al-Ayubi Taman Melati, Kuala Lumpur untuk disolatkan oleh keluarga.

5.30 petang: Jenazah Allahyarham dibawa ke tanah perkuburan Raudhatul Sakinah, Batu Caves untuk dikebumikan.



Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini