comscore
Tumpuan :
Nasional

Pernah disahkan akan lumpuh seumur hidup, kini bangkit mengejar cita-cita

Oleh Aslina Abu Bakar

KUALA LUMPUR: Kemalangan enam tahun lalu menjadi satu mimpi negeri buat seorang gadis.

 

Akibat tragedi itu, Eyka Bakri, bukan sahaja mengalami amnesia dalam tempoh 18 hari namun turut disahkan doktor akan lumpuh seumur hidup.

Namun, berbekalkan semangat yang kuat serta doa keluarganya, gadis berusia 27 tahun dari Temerloh, Pahang itu, berjaya bangkit dan mampu berjalan kembali.

Eyka berkata, sejak kemalangan itu, dia bukan sahaja kehilangan kerjaya, malah kecederaan dalam kepala turut merosakkan saraf sehingga dia kini merupakan salah seorang pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Eyka ketika terlantar enam tahun lalu kerana kemalangan dan turut disahkan doktor akan lumpuh seumur hidup.

“Pada awalnya doktor sahkan saya akan lumpuh seumur hidup, selepas 18 hari terlantar di hospital, doktor membenarkan saya pulang kerana sudah tidak ada rawatan yang boleh dilakukan.

“Bagaimanapun, sebaik keluar hospital ibu dan ayah membawa saya membuat rawatan alternatif iaitu rawatan secara kampung,” katanya.

Menurutnya lagi, selepas enam bulan mendapat rawatan, dia mula beransur pulih dan akhirnya boleh berjalan kembali.

Bermula 2019, graduan bidang Logistik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah POLISAS ini tekad untuk berhijrah ke kota dan memulakan perniagaan dengan menghasilkan produk sabun kecantikan menggunakan bahan semulajadi.

pengalaman lalu tidak menjadi penghalang kepadanya untuk bangkit dan memberi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat.

“Saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan jadi saya mengambil keputusan untuk mengikuti kursus yang disediakan sebuah badan pembangunan usahawan Bumiputera.

” Alhamdulillah, usaha saya membangunkan perniagaan ini mula berkembang dan saya akan menggunakan peluang kedua yang dianugerahkan Allah ini sebaiknya,” katanya.

Loading...
Terkini