comscore
Tumpuan :
Nasional

Perubahan iklim, punca kes kumulatif demam denggi meningkat

Foto hiasan

Oleh: Aslina Abu Bakar

PETALING JAYA: Perubahan iklim yang tidak menentu antara punca peningkatan kes kumulatif denggi dalam negara.

Pakar kesihatan awam, Dr Farhan Rusli berkata, kes jangkitan denggi kebiasaannya berlaku sekitar bulan Oktober hingga Mac, namun trend berkenaan berubah disebabkan keadaan kemarau dan kadang kala hujan membenarkan nyamuk Aedes membiak lebih aktif.

Pakar kesihatan awam, Dr Farhan Rusli

“Pembiakan disebabkan faktor cuaca adalah di luar kawalan manusia, tetapi daripada segi kesihatan awam, kita harus ingat bahawa punca yang tak boleh dielak adalah faktor membabitkan kawasan pembiakan.

“Pengkhususan dan penelitian yang perlu diberikan kerana nyamuk Aedes tidak memerlukan air yang banyak untuk membiak, walaupun air itu bertakung di dalam sudu, asalkan ia jenih, nyamuk boleh membiak,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Jelasnya, kes kematian yang meningkat secara mendadak dalam tempoh setahun ini tidak boleh diambil ringan dan perlu ada kesedaran tinggi dalam diri setiap individu.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun ketika dihubungi, berkata semua pihak perlu mengambil langkah lebih proaktif bagi menghapuskan tempat pembiakan terutama melibatkan kawasan pembinaan.

Pakar Kesihatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun

“Peningkatan jumlah kematian akibat denggi amat membimbangkan. Oleh itu, banyak pihak perlu bekerjasama untuk memerangi isu ini.

“Pertama kita perlu memastikan tiada lagi kawasan air bertakung untuk nyamuk membiak. Kerjasama ini bukan sahaja melibatkan individu dan penduduk sekitar tetapi ia turut melibatkan pihak kawasan pembinaan yang kebelakangan ini menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes,”katanya.

Jelasnya, kawasan yang didiami juga perlu mmempunyai saliran air yang baik memandangkan cuaca hujan dan kemarau boleh membenarkan air jernih bertakung.

“Perlu ada gotong-royong beramai-ramai di sekitar kawasan perumahan. Malah pihak berkuasa juga perlu mengadakan pemeriksaan berkala di setiap kawasan pembinaan.

“Mereka juga perlu memastikan pihak pengurusan kawasan pembinaan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kesihatan Malaysia,”katanya.

Loading...
Terkini