comscore
Tumpuan :
Nasional

Pesawat terhempas: Bedah siasat dua mangsa dilakukan 8 pagi esok


KLANG: Proses bedah siasat dua mangsa yang terbunuh dalam nahas pesawat ringan di Kampung Tok Muda, Kapar tengah hari tadi akan dilakukan pada 8 pagi esok di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Bernama malam ini mengesahkan perkara itu.

Difahamkan polis akan memberi taklimat kepada ahli keluarga mangsa terlebih dahulu sebelum proses bedah siasat dimulakan.

Hussein dalam sidang media terdahulu memaklumkan mengikut manifest yang didaftarkan, nama mangsa yang terbunuh ialah juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 42.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat sedalam lebih dua meter, di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 1.45 tengah hari.

Menurut beliau pesawat seberat 1,300 kilogram model BK 160 Gabriel yang mempunyai nombor pendaftaran I-POOC dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, pada 1.28 tengah hari untuk latihan penerbangan. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini