comscore
Tumpuan :
Nasional

PIBG MCKK kesal tindakan tular kejadian buli

Foto hiasan

PETALING JAYA: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), mengecam tindakan menularkan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah itu, baru-baru ini.

Persatuan itu dalam kenyataannya di laman Facebook (FB) berkata, tindakan menularkan kes itu di media sosial memberi impak besar serta membawa imej buruk kepada institusi sekolah itu secara keseluruhan.

Tangkap layar kenyataan pihak PIBG Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), berhubung kekesalan terhadap tindakan menularkan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah itu baru-baru ini. – FOTO: PIBG MCKK/ Facebook

PIBG MCKK  juga memaklumkan ada menerima laporan mengenai pelajar MCKK yang diherdik dan dihalau dari premis makanan sekitar bandar itu dan dianggap sebagai pembuli.

“PIBG memandang serius perkara ini dan memikirkan risiko kemungkinan diserang dan diganggu oleh pihak luar yang cuba mengambil kesempatan daripada isu ini,” katanya.

PIBG sekolah itu juga menyelar apa yang dikatakan cubaan campur tangan dalam pengurusan sekolah.

“Kami mengambil maklum ancaman penularan kes ini melalui surat yang diutuskan oleh sekumpulan ibu bapa murid Tingkatan Empat jika keputusan dan tindakan semasa pihak sekolah terhadap pelajar terbabit tidak diubah.

“PIBG MCKK menyelar tindakan cubaan campur tangan ibu bapa terbabit di dalam pengurusan sekolah ini. Dalam hal yang berkaitan, PIBG menghormati pendirian pihak sekolah dan Tuan Pengetua yang tidak tunduk kepada ancaman diberikan oleh sekumpulan ibu bapa murid Tingkatan Empat 4,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut laporan media kelmarin, polis menyiasat kejadian buli membabitkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 sebuah sekolah berasrama penuh dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini