comscore
Tumpuan :
Nasional

Garis panduan baharu tangani buli, gangguan seksual

Foto hiasan

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan, (KPM) akan mengeluarkan garis panduan baharu bagi menangani buli dan gangguan seksual dalam masa terdekat bagi menggantikan Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959).

Justeru, KPM meminta semua pihak termasuk ibu bapa, pentadbir institusi pendidikan, guru, dan masyarakat , terlibat sama memerangi isu buli dan gangguan seksual.

“KPM sentiasa berusaha memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warganya dipelihara. Oleh itu, tiada kompromi kepada buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan bawah KPM,” menurut kenyataan KPM.

Semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan turut diarahkan untuk mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat dan laporan serta tindakan berkaitan buli dan gangguan seksual kepada KPM berdasarkan tempoh hari ditetapkan iaitu pada kadar 1:3:7 hari.

Rekod penyelesaian aduan buli dan gangguan seksual di institusi pendidikan bawah KPM menunjukkan lebih 90% kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 15 hari.

Ketika ini, KPM menyediakan tiga saluran untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan kes buli dan gangguan seksual yang berlaku.

“Saluran tersebut ialah talian khas aduan buli, e-mel: [email protected] dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Maklumat aduan buli dan gangguan seksual boleh diakses melalui portal aduan buli KPM di https://www.moe.gov.my/aduanbuli.” dinyatakan dalam kenyataan itu.

Loading...
Terkini