comscore
Tumpuan :
Nasional

PM hadir beri penghormatan terakhir kepada Joseph Kurup

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberi penghormatan terakhir kepada Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), mendiang Tan Sri Joseph Kurup bertempat di Wisma Fook Lu Siew. Foto NSTP

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberi penghormatan terakhir kepada Pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), mendiang Tan Sri Joseph Kurup bertempat di Wisma Fook Lu Siew, hari ini.

Anwar tiba sekitar jam 2:30 petang, di sini selepas menghadiri Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan 2024 yang diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Beliau yang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan rombongan disambut oleh anak mendiang iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Mendiang yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bersara daripada arena politik pada Januari tahun lalu selepas memegang jawatan Presiden PBRS sejak penubuhan parti terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini