comscore
Tumpuan :
Nasional

PM rai warga JPM, petugas barisan hadapan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meraikan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan petugas barisan hadapan di Majlis Iftar Ramadan, malam tadi. – Foto: Anwar Ibrahim/Facebook

Oleh Ain Shafiqah Zaki

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi meluangkan masa meraikan lebih 1,000 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan petugas barisan hadapan di Majlis Iftar Ramadan, di sini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Panglima Angkatan Tentera Jeneral, Tan Sri Affendi Buang; Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad.

Antara yang diraikan, anggota serta pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta Kementerian Kesihatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa meraikan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan petugas barisan hadapan di Majlis Iftar Ramadan, malam tadi. – Foto: Anwar Ibrahim/Facebook

Majlis berkenaan turut meraikan 40 anak yatim Rumah Pengasih Warga Prihatin, Kajang dan 40 pelajar tahfiz Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz.

Di majlis itu, Perdana Menteri berkesempatan menyampaikan bantuan infaq ramadan dan sumbangan aidilfitri kepada golongan asnaf, pelajar tahfiz serta anak yatim terbabit yang merupakan sumbangan daripada pusat pungutan zakat dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Datuk Seri Anwar juga meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Loading...
Terkini