comscore
Tumpuan :
Nasional

PM solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Triang

Oleh Fazli Ahmad

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunaikan Solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Triang, dekat sini sebentar tadi.

Seperti lazimnya, kehadiran beliau di masjid di sekitar Bera tanpa protokol tidak disedari jemaah.

Sebaik memasuki masjid beliau mendirikan solat sunat dan mengikuti Khutbah Jumaat.

Bagaimanapun selepas solat, jemaah yang menyedari kehadiran Ismail Sabri mula menghampiri serta bersalam dengan beliau.

Perdana Menteri kemudian menyertai kenduri rakyat di perkarangan masjid.

Selepas solat Jumaat, beliau kemudian ke Kampung Bongkok, Kampung Chuat dan Kampung Bukit Gemuruh di Bera untuk menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penduduk .

Loading...
Terkini