comscore
Tumpuan :
Nasional

PN hantar ‘peluru kapur’ serang Kerajaan Selangor – Amirudin

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan laporan polis dibuat Perikatan Nasional (PN) terhadapnya berhubung dakwaan sebuah syarikat dianugerahkan projek bernilai RM700 juta secara rundingan terus oleh kerajaan negeri, ibarat menghantar ‘peluru kapur’.

Amirudin menegaskan, laporan dibuat PN itu dilihat sebagai tindakan untuk menyerang kerajaan negeri pimpinannya, selain seolah-olah mahu menggambarkan bahawa terdapat kepentingan peribadi dalam isu berkait syarikat itu.

“Seperti yang dinyatakan syarikat Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) sebelum ini, kehadiran saya dan EXCO Selangor, Izham Hashim, dalam syarikat terbabit bukan atas dasar peribadi. Ia adalah mewakili kerajaan negeri untuk memastikan kepentingan kerajaan negeri dijamin dengan selesa.

“Justeru, saya ucapkan tahniah kepada PN yang menghantar ‘peluru kapur’ untuk menyerang kerajaan negeri, boleh cuba lagi pada masa depan. Saya ingin tegaskan, kita mewakili kerajaan negeri. Saya mewakili kerajaan negeri untuk memastikan kepentingan kerajaan negeri tidak terganggu dan tidak terkurang,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Loading...
Terkini