comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekalan beras cukup hingga hujung tahun – MB Selangor

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – Foto NSTP

SHAH ALAM: Bekalan beras putih di negeri ini cukup sehingga hujung tahun ini.

Itu jaminan yang diberikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya Selangor memerlukan kira-kira 45,000 tan beras setahun bagi kegunaan lebih enam juta rakyat dan berdasarkan bekalan beras yang ada ketika ini, ia mencukupi.

“Sebenarnya, setakat ini(September), kita masih mempunyai baki sekitar 20,000 tan beras yang mana ia cukup untuk kegunaan sehingga Disember ini.

Kita tidak ada masalah (bekalan beras), yang menjadi masalah adalah mereka yang membuak-buak cerita mengenainya.

“Semalam, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah memanggil pihak dari Kawalselia Padi dan Beras Selangor dan jaminan yang diberikan mereka adalah kita akan mendapat tambahan bekalan berikutan musim menuai di utara Selangor dan utara Semenanjung Malaysia bermula akhir bulan ini.

“Ini stok (20,000 tan beras) yang ada tanpa kita menyentuh stok imbalan, justeru saya seru pada rakyat jangan buat pembelian panik, jika ada kekurangan maklumkan dan kita akan hantar ke lokasi-lokasi berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Apresiasi Jualan Ehsan Rahmah dan pelancaran logo baharu Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini hari ini.

Amirudin berkata, kapasiti pengeluaran beras di Selangor adalah 138,903.13 tan setahun di atas tanah keluasan tanaman padi sebanyak 18,061.53 hektar melibatkan seramai 6,871 orang pesawah.

Katanya, ia bersamaan dengan pengeluaran 4.19 tan metrik bagi setiap hektar.

Tetapi, pada tahun lepas kita berjaya mengeluarkan sebanyak 75,000 tan (beras) sahaja di Sekinchan disebabkan penyakit padi dan cuaca yang tidak menentu.

Dalam pada itu, Amirudin berkata mulai hari ini penduduk di negeri ini boleh membeli beras lima kilogram (kg) dengan harga serendah RM13 di tujuh lokasi iaitu outlet Wisma PKPS, Seksyen 14, Shah Alam; outlet Ehsan PKPS, Seksyen 9, Shah Alam; outlet Ehsan PKPS, Meru; Kiosk Ehsan, Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya dan tiga lori jualan bergerak Ehsan PKPS yang akan berada di sekitar Selangor.

“Kepada rakyat Selangor, jika terdapat sebarang masalah bekalan, anda boleh menghubungi pihak kawal sedia padi dan beras di talian 03-32898419 ataupun 017-2230771 untuk bercakap secara terus ataupun melalui aplikasi WhatsApp.

“Kerajaan negeri melalui Kawalselia Padi dan Beras komited untuk mengambil tindakan dalam tempoh masa 24 jam bagi mengatasi aduan bekalan beras putih tempatan,” katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN:

Op Jamin diteruskan tangani isu bekalan beras – Zahid

Cuaca tidak menentu, penyakit padi punca gangguan bekalan beras putih tempatan – LPP

Cadangan larangan jualan beras putih tempatan kepada warga asing tidak relevan – FOMCA

Jualan Rahmah Beras perlu seiring dengan usaha mengembalikan beras putih tempatan 

Loading...
Terkini