comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis aktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas di KLIA

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed ketika sidang media khas – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pusat sehenti berkenaan sudah memulakan operasi 8 pagi ini dan akan tamat pada 12 tengah malam, 21 Jun depan.

Beliau berkata, 40 pegawai dan anggota daripada pasukan khas ditugaskan selama 11 hari bagi membantu kes jemaah haji terkandas.

Katanya, pasukan turut mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Kementerian Pelancongan.

“Pasukan ini akan memberi kemudahan kepada jemaah haji yang terkandas di KLIA sebelum berlepas mahupun jemaah haji yang terkandas di Saudi dan tidak dapat mengerjakan haji.

“Mereka akan menerima laporan daripada jemaah haji terbabit dan mengenal pasti apakah kesalahan berlaku mengikut lunas undang-undang,” katanya dalam sidang media di Pejabat JSJK di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ramli berkata, setakat ini belum ada laporan mengenai jemaah haji terkandas di KLIA diterima.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini