comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis buru suspek lepaskan tembakan ke arah kedai motosikal

Oleh Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Individu yang tidak dikenalpasti melepaskan tembakan ke arah sebuah kedai motosikal di Jalan Datuk Keramat, di sini, malam tadi.

Menurut saksi kejadian, suspek yang dipercayai melepaskan tembakan tanpa menghentikan kenderaan.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.45 malam semalam selepas waktu operasi kedai dan ketika itu tiada pekerja dalam premis berkenaan.

Suspek melepaskan satu das tembakan mengakibatkan pintu cermin premis mengalami keretakan.

Difahamkan suspek masih diburu polis dan belum ada tangkapan dibuat.

Satu sidang media susulan kejadian akan diadakan tengah hari ini oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Soffian Santong.

Loading...
Terkini