comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis kawal ketat perkarangan Apartmen Idaman

Foto: suasana di perkarangan Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, pagi ini.

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Pihak polis mengawal ketat kawasan perkarangan Apartmen Idaman, Damansara Damai hari ini.

Ia susulan daripada laporan media sebelum ini yang menyebut ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dibawa ke kediaman mereka di Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakonkan semula kejadian.

Berdasarkan tinjauan Buletin TV3, kenderaan polis memenuhi perkarangan pintu masuk apartment berkenaan.

Malah, pihak media juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan kejadian dimana lakon semula insiden kehilangan Zayn Rayyan berlaku.

Sementara itu, difahamkan suspek tiba di lokasi kira-kira jam 10.15 pagi menaiki van putih menuju ke blok R di kediaman terbabit.

Suspek akan dibawa semula ke kediaman dan lokasi kanak-kanak berkenaan ditemukan iaitu saliran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari blok kediaman, bagi melakonkan semula kejadian.

Anggota polis turut dilihat membawa patung kanak-kanak, namun belum pasti tujuan kegunaan patung berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

|  ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini