comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis nafi pukul ibu mentua

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini kerana memukul ibu mentuanya berusia 63 tahun.

Bagaimanapun, P Hemaath Kumar, 35, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Mengikut pertuduhan, anggota polis itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap wanita itu dengan memukul menggunakan tangan di sebuah rumah di Bandar Baru Sri Petaling di sini, jam 9.20 malam, 25 Jun lalu.

 

Pendakwaan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nadiela Eleena Jamaluddin Akbal jaminan, mencadangkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh.

Namun, peguam bela Hemaath Kumar, Vinod Sharma, memohon jaminan minimum.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 20 November ini.

Loading...
Terkini