comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Pahang lupus dadah bernilai RM4.48 juta

Antara rampasan dadah akan dilupuskan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Pahang, Kuantan tengah hari, esok.

KUANTAN: Polis Pahang akan melupuskan 12 jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM4.48 juta, pada 12 tengah hari, esok.

Pelupusan itu membabitkan kes dari 2008 hingga tahun ini membabitkan dadah jenis heroin, methamphetamine, yaba, ketamin, ubat batuk, air ketum dan daun ketum.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata pelupusan dadah itu akan dilaksanakan oleh kontraktor bertauliah dan profesional di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

“Dadah ini dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah yang sudah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan terhadap pesalah kes terbabit tamat,” katanya pada sidang media majlis pelupusan barang kes dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini hari ini.

Sementara itu, berdasarkan statistik kes dan tangkapan sepanjang tempoh 1 hingga 23 Oktober lalu, beliau berkata seramai 970 individu ditahan yang membabitkan 876 kes.

“Sebanyak 615 operasi dilaksanakan sepanjang tempoh itu dalam usaha melumpuhkan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah di negeri ini,” katanya.

Loading...
Terkini