comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis pantau media sosial provokasi kaum dan agama – KPN

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Orang ramai disaran tidak memperbesarkan isu stoking tertera kalimah Allah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata pihaknya akan memantau platform akaun media sosial yang sengaja memainkan sentimen agama dan kaum.

“Apa yang sebelum ini dikatakan oleh Datuk Shuhaily sudah tutup siasatan. Jadi, tak perlulah kita perbesarkan isu stoking kalimah Allah.”

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

“Kita (polis) pun memantau media sosial sekiranya ada isu yang membangkit amarah antara kaum dan agama. Saya nasihatkan tiada lagi isu-isu ini (3R) dimainkan kerana ia akan mendatangkan kegusaran dan ketidaktenteraman.”

“Kita bukan tidak siasat. Apabila terima sahaja laporan memang kita akan lakukan siasatan sekiranya laporan itu jatuh dalam mana-mana akta kesalahan. Bagi peluang kepada kita untuk menentukan seterusnya kita ambil tindakan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan semua pihak untuk berhenti mengambil kesempatan ke atas isu stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.

Sultan Ibrahim bertitah adalah lebih baik untuk masyarakat mengambil iktibar daripada kejadian itu dan bertindak secara matang selain berusaha untuk mengeratkan lagi perpaduan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini