comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis serah kertas siasatan kes buli di MCKK kepada Timbalan Pendakwa Raya

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

IPOH: Polis sudah melengkapkan siasatan berkaitan kejadian pelajar Tingkatan Lima yang didakwa terbabit dalam kes buli di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar, menurut Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Jelas beliau, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, baru-baru ini.

“Kita juga sedang menunggu arahan selanjutnya daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi.

Media melaporkan kejadian buli membabitkan pelajar Tingkatan Empat dan lima MCKK itu disiasat polis mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Kejadian itu didedahkan ibu mangsa menerusi perkongsian di media sosial selepas anaknya yang berusia 16 tahun didakwa dibuli pelajar senior sehingga menerima rawatan di hospital.

Susulan itu, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) MCKK dalam kenyataan di Facebook (FB) meluahkan kekesalan terhadap tindakan menularkan kejadian buli membabitkan pelajar sekolah berkenaan.

Persatuan itu menyifatkan perbuatan menularkan kes berkenaan di media sosial memberi impak besar serta membawa imej buruk kepada  sekolah terbabit secara keseluruhan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini