comscore
Tumpuan :
Nasional

PPS di Terengganu masih tempatkan 1,137 mangsa banjir

Keadaan banjir yang menyebabkan jambatan yang menghubungkan laluan di Kampung Bukit Cerana ditenggelami air. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Setakat jam 8 pagi tadi, terdapat seramai 1,137 orang masih terjejas akibat banjir di negeri ini.

Mereka terdiri daripada 309 keluarga yang ditempatkan di 17 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi di empat daerah.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Dungun telah menutup semua PPS lewat petang semalam selepas banjir surut.

Mangsa banjir teramai di empat PPS di Kuala Terengganu iaitu 482 orang (133 keluarga), diikuti Kuala Nerus yang jumlah mangsa banjirnya berkurangan kepada 432 orang (114 keluarga) yang ditempatkan di lapan PPS.

Marang mempunyai 177 mangsa (48 keluarga) yang menghuni empat PPS, sementara satu PPS dibuka di Besut untuk menempatkan 55 mangsa daripada 14 keluarga.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini