comscore
Tumpuan :
Nasional

PPS menempatkan pesakit COVID-19 disanitasi 

Foto ihsan JBPM

KOTA TINGGI: Tiga sekolah yang dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan turut menempatkan pesakit COVID-19, di sini disanitasi hari ini untuk memastikan kelancaran sesi persekolahan esok.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Mohd Shawaluddin Ami Nordin, proses sanitasi itu dilakukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Jaya, SK Datuk Usman Awang dan SK Laksamana.

Ketiga-tiga PPS berkenaan ditutup secara rasmi hari ini selepas semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah.

“Sepanjang tempoh banjir, ada mangsa positif COVID-19 dikuarantin di sekolah berkenaan.

“Susulan itu, kerja-kerja sanitasi dilakukan oleh anggota BBP Kota Tinggi dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk memastikan kelancaran sesi sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa. Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon, memaklumkan empat kes positif COVID-19 termasuk membabitkan bayi berusia empat bulan, dilaporkan di PPS seluruh Johor setakat semalam.

Ia membabitkan daerah Kota Tinggi, Pontian, Johor Bahru dan Mersing dengan masing-masing mencatat satu kes di PPS.

Setakat jam 8 malam tadi, seramai 1,150 orang membabitkan 329 keluarga ditempatkan di 13 PPS di lima daerah terjejas.

Kota Tinggi, Kluang dan Batu Pahat mencatat penurunan jumlah mangsa manakala bilangan mangsa di Segamat dan Mersing tidak berubah.

Loading...
Terkini