comscore
Tumpuan :
Nasional

PPV Persada PLUS Mula Operasi 26 Julai 2021

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Persada PLUS akan mula beroperasi pada 26 Julai 2021.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan Persada PLUS adalah PPV pertama dikendalikan oleh sebuah syarikat pengendali lebuh raya dengan kerjasama Klinik Primer Cherang dalam usaha menyokong langkah Kerajaan mempercepatkan kadar pemberian vaksin kepada rakyat.

“Inisiatif kerajaan melalui Operasi Lonjakan Kapasiti bersama Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Protecthealth Corporation melalui kerjasama PLUS Malaysia Berhad dan Primer Cherang akan beroperasi pada jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari” menurut kenyataan itu.

Seramai 150 petugas kesihatan diketuai oleh Klinik Primer Cherang dan sukarelawan akan ditempatkan di PPV berkenaan.

Dianggarkan sebanyak 2,000 dos suntikan vaksin dapat diberikan setiap hari dalam mencapai objektif imuniti berkelompok.

Loading...
Terkini