comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK: Faktor keselamatan dan nyawa paling diutamakan jika berlaku banjir

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, aspek keselamatan lebih penting terutama persiapan awal bagi menghadapai Monson Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula awal November depan.

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menasihati Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil kira aspek keselamatan dan nyawa orang ramai sekiranya berlaku bencana banjir ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, aspek keselamatan lebih penting terutama persiapan awal bagi menghadapai Monson Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula awal November depan.

“PRK Kemaman, sebagaimana biasa kita akan melaraskan pasukan di kawasan terjejas dan di kawasan terlibat dengan pilihan raya, sekiranya diperlukan bantuan Bomba bersedia untuk membantu menggerakkan aset.

Jelasnya, terdapat 36 kawasan banjir di Parlimen Kemaman.

“Untuk PRK Kemaman Kita mengambil kira dari segi lokasi kalau di teruskan, dari segi marin hantar pengundi atau pengurusan peti-peti undi kita akan bantu begitu juga khidmat udara jika memerlukan serta kita akan memberi fokus kawasan terlibat”, ujarnya.

Katanya lagi, jika situasi banjir bertambah buruk dan membahayakan, pihaknya akan mengadakan berbincang dengan Pasukan Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah, untuk memberi pandangan sama ada sesuai atau tidak PRK dibuat kepada pihak SPR.

Datuk Seri Abdul Wahab berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Dan Sijil Perkhidmatan 30 tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Terengganu pada 2 Disember dengan 18 November ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan pada 28 November dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ia selepas pihak pempetisyen, Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil (pengundi) berjaya membuktikan perbuatan rasuah telah berlaku dengan tujuan mempengaruhi pengundi pada PRU15.

Pada 3 Oktober lalu, PAS memutuskan untuk tidak memfailkan sebarang rayuan terhadap keputusan petisyen Parlimen Kemaman yang membatalkan kemenangan parti itu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini