comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK Parlimen Pulai: Ahmad Zahid, Hamzah Zainuddin iring calon 

JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon Kerajaan Perpaduan Suhaizan Kaiat bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, hari ini.

Ahmad Zahid yang berbaju korporat BN bersama rombongan penyokong Kerajaan Perpaduan berarak bersama calon ke pusat penamaan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bharu pada 8.45 pagi.

Turut mengiringi calon, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan.

Sepanjang perarakan, kumpulan merah-biru tua daripada Kerajaan Perpaduan itu turut mengibarkan bendera parti-parti dalam gabungan itu selain melaungkan takbir serta slogan “Kerajaan Perpaduan” dan “Malaysia MADANI”.

Sementara itu, bagi pihak Perikatan Nasional (PN), Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta beberapa pemimpin bersama penyokong PN hadir mengiringi calon mereka, Zulkifli Jaafar. — BERNAMA

Loading...
Terkini