comscore
Tumpuan :
Nasional

Transformasi Tabika Kemas bimbing akidah kanak-kanak di peringkat awal – Ahmad Zahid

SHAH ALAM: Transformasi pendidikan berkenaan Al-Quran dan ibadah yang diperkenalkan dalam pengajaran di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berjaya mendidik serta menanam akidah kanak-kanak di peringkat awal.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, transformasi yang dilakukan Kemas dengan memperkenalkan pengajian ilmu keagamaan itu kepada anak-anak kecil dilihat sebagai langkah yang tepat.

“Potensi ni harus digilap kerana dalam soal ibadah ini terutama solat, mendirikan sembahyang itu adalah didikan utama, prinsip ini harus dididik dari awal,” katanya dalam ucapan perasmian Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan kali ke-18 tahun 2023 di Dataran Kemerdekaan di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Ahmad Zahid berkata beliau melihat transformasi yang dilakukan pihak Kemas juga adalah mengikut keadaan semasa selain disesuaikan dengan permintaan ibu bapa dan masyarakat bagi menggilap potensi anak-anak didikan Kemas di seluruh negara.

Pada majlis itu, Kemas turut dianugerahkan dua sijil “Malaysia Book of Records” bagi rekod ‘Largest Children Participation In Building Block Event’ yang membabitkan3,000 orang kanak-kanak serta Penyertaan Terbesar Kanak-kanak dalam Bacaan Selawat membabitkan 2,000 murid.

Hari Potensi Kemas peringkat kebangsaan kali-18 itu berlangsung selama tiga hari bermula semalam, melibatkan pelbagai aktiviti antaranya bilal cilik, ustazah junior, pidato dan digital hero.

Loading...
Terkini