comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahmad Zahid berhubung kes VLN belum diputuskan AGC

PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Rayuan di sini hari ini, bahawa representasi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ke atas rayuan pendakwaan terhadap pembebasan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN) belum diputuskan Pejabat Peguam Negara (AGC).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob ketika kes ditetapkan untuk sebutan di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan, hari ini.

Tiga anggota panel ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk S M Komathy Suppiah.

Abdul Malik memaklumkan mahkamah bahawa rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahmad Zahid akan didengar pada 18 Mac ini.

Ahmad Zahid, mengemukakan representasi pada Januari tahun lalu bagi pertimbangan AGC untuk tidak meneruskan rayuannya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini