comscore
Tumpuan :
Nasional

Ahmad Zahid nafi letak jawatan politik kerana masalah kesihatan

Ahmad Zahid (tengah) diiringi Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua kiri) dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohammad Sabu (dua kanan) pada Majlis Perasmian Peluncuran Rancangan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2030. – Foto: NSTP

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau akan meletakkan jawatan dalam politik berikutan masalah kesihatan.

“Saya sendiri pun tidak tahu yang saya akan melakukan perkara itu (meletakkan jawatan).”

Beliau bagaimanapun mengakui menjalani prosedur pembedahan prostat baru-baru ini.

“Saya memang ada menjalani prosedur pembedahan prostat. Ya semua orang laki-laki ada. Tapi janganlah buat spekulasi yang macam- macam ya. Jadi Alhamdulillah saya sihat atas doa semua”, katanya.

Minggu lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid kembali bertugas dengan menghadiri mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 19 November lalu, anak Datuk Seri Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menerusi hantaran di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan yang diadakan pada 14 November lalu.

Loading...
Terkini