comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Program iTekad: Kerajaan umum geran tambahan RM6 juta bantu PMKS

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan geran tambahan sebanyak RM 6 juta ringgit bagi  memperkasakan lagi pelaksanaan program iTekad yang diselia Bank Negara bagi membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Mikro Sederhana, (PMKS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, geran itu adalah penambahan daripada peruntukan RM4 juta sebelum ini.

“Kalau dah berjaya dengan RM4 juta tak perlu saya tambah lagi, i’m sure dengan keputusan kejayaan, dengan andaian 20 bank, andaian ada lagi dana tambahan daripada Bank Negara, maka saya boleh tambah daripada 4 jadi 10 juta pada tahun ini”, katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran iTekad di ibu negara pagi tadi.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Gabenor Bank Negara,  Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.

Menurut Anwar, iTEKAD boleh dikembangkan selepas mencatatkan kos pengurusan yang lebih rendah dan tekanan kewangan yang kurang.

Justeru, beliau menggesa sembilan lagi institusi kewangan untuk terlibat sama  menjayakan program itu.

Setakat ini, 11 institusi perbankan menyertai program berkenaan.

Laporan lanjut menyusul.

Loading...
Terkini