comscore
Tumpuan :
Nasional

Pusat Media Asean-GCC jadi tumpuan wakil media

Pusat Media Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Marriot Riyadh

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

RIYADH, ARAB SAUDI: Pusat Media di Marriot Riyadh mula menjadi tumpuan wartawan bagi membawa perkembangan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC, yang berlangsung hari ini.

Sidang kemuncak tersebut yang dihoskan Arab Saudi adalah julung kali diadakan antara ASEAN dengan negara-negara teluk yang terdiri daripada Arab Saudi, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Kuwait, Oman dan Qatar.

Bagi pihak Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan kenyataan pada sidang yang akan berlangsung di Ritz Carlton Hotel, Riyadh.

Malaysia merupakan koordinator bagi rantau ASEAN.

Loading...
Terkini