comscore
Tumpuan :
Nasional

PUSPAKOM perkenal Program PAR elak pelanggan ditipu ‘runner’

Foto hiasan

SHAH ALAM: Bagi mengatasi masalah manipulasi caj perkhidmatan oleh segolongan orang tengah atau `runner’, Puspakom Sdn Bhd (PUSPAKOM) memperkenalkan program Wakil Pelanggan Yang Diluluskan oleh PUSPAKOM (PAR).

Kenyataan PUSPAKOM memaklumkan melalui sistem PAR, latar belakang semua ‘runner’ akan disaring dengan kerjasama pihak berkuasa dan mereka yang lulus saringan akan didaftar sebagai PAR.

Menurut PUSPAKOM,  ada segolongan daripada ‘runner’ yang memanipulasi, mengenakan caj perkhidmatan yang tinggi dan memberi maklumat palsu kepada pelanggan yang menggunakan khidmat mereka.

“Pelanggan kemudian membuat aduan bahawa PUSPAKOM tidak telus dan ini telah memberi persepsi buruk terhadap imej PUSPAKOM,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Berikutan itu, PUSPAKOM menasihatkan semua pelanggan yang ingin menggunakan khidmat orang tengah digalakkan untuk mendapatkan khidmat PAR melalui senarai PAR di laman web www.puspakom.com.my.

Bagaimanapun, orang ramai dialu-alukan untuk hadir sendiri ke pusat pemeriksaan dan inisiatif itu tidak berniat untuk menafikan hak pelanggan untuk hadir sendiri ke pusat berkenaan. – BERNAMA

Loading...
Terkini