comscore
Tumpuan :
Nasional

PUSPEN Benarkan Keluarga Melawat Sempena Aidilfitri

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) membenarkan sesi lawatan keluarga klien di semua Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2021 selama empat hari bermula pada 13 Mei 2021 hingga 16 Mei 2021. 
 
Ia bagi memberi ruang dan peluang kepada keluarga dan klien meraikan syawal bersama-sama selain mengeratkan hubungan antara AADK dengan masyarakat.  
 
Bagaimanapun, sesi lawatan itu perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) seperti ketetapan berikut: 
 
Kehadiran keluarga adalah secara janji temu awal melalui Pegawai Pemulihan yang boleh dibuat menerusi pangggilan telefon; Mesej Pesanan Ringkas (SMS) / Pesanan WhatsApp; Surat atau e-mel.

1. Pihak PUSPEN akan menetapkan dan memaklumkan kepada keluarga masing-masing berhubung tarikh dan sesi waktu perjumpaan selepas janji temu dibuat.

2. Setiap satu sesi lawatan hanya dibenarkan selama 30 minit dan hanya 25 individu sahaja dibenarkan bagi setiap satu sesi lawatan.

3. Kebenaran lawatan hanya daripada keluarga terdekat sahaja (contoh ibu/bapa/kakak/adik/isteri) yang telah disahkan oleh Pegawai Pemulihan.

4. Klien hanya boleh menerima lawatan daripada dua orang ahli keluarga sahaja.

5. Kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun adalah TIDAK DIBENARKAN untuk   membuat lawatan.

6. Sesi lawatan akan berlangsung di ruang terbuka bagi tujuan kawalan keselamatan,   penjarakkan fizikal dan pemantauan sesi.

7. Keluarga yang hadir mesti mematuhi SOP keselamatan PUSPEN seta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit. 
 
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi PUSPEN berkaitan atau layari laman web rasmi AADK di www.adk.gov.my 

Loading...
Terkini