comscore
Tumpuan :
Nasional

Rakyat Malaysia di Asia Barat dinasihati kekal berwaspada, rancang perjalanan sewajarnya – Wisma Putra

Sebahagian sisa peledak roket milik Iran yang didakwa dimusnahkan Israel dalam serangan ke atas wilayah didudukinya semalam. – FOTO: Reuters

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berada di negara Asia Barat termasuk Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq dinasihati untuk merancang perjalanan sewajarnya, selain bersedia menghadapi gangguan jadual penerbangan.

Wisma Putra dalam kenyataannya memaklumkan rakyat Malaysia juga diminta untuk kekal berwaspada dengan situasi semasa dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

“Disebabkan situasi yang semakin tegang, beberapa negara termasuk Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq, sudah menutup ruang udara mereka.”

“Warganegara Malaysia di negara berkenaan perlu bersedia menghadapi gangguan pada jadual penerbangan dan merancang perjalanan mereka sewajarnya,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Ketegangan di Asia Barat memasuki fasa baharu selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Israel semalam sekali gus mencetuskan kebimbangan keadaan akan menjadi semakin buruk jika Israel melakukan serangan balas.

Pada masa sama, menurut Wisma Putra, kerajaan komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan warganegara Malaysia di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kerajaan Malaysia sedang memantau perkembangan di Asia Barat susulan ketegangan di antara Iran dan Israel itu.

Katanya, rakyat Malaysia yang berada di dalam kecemasan dan memerlukan bantuan di rantau ini boleh berhubung dengan Kedutaan atau Konsulat Malaysia yang terdekat.

Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, Iran
No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb
No telefon: +98 21 880724444, +98 21 88078606
emel [email protected] atau [email protected].

Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan
No. 5, Hassan Al Kayed Street, Off Abai Street, Abdoun, Amman 11183, Jordan
No telefon: +962 6590 2400, +962 78590 2400
emel: [email protected]

Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, Lubnan
Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lebanon
No telefon: +961 71 380 063, +961 7677 2527
emel: [email protected]

Kedutaan Besar Malaysia di Baghdad, Iraq
Mezzanine Floor, Babylon Rotana Hotel, Al Abassi Street, AlJadria, Baghdad, Iraq
No telefon: +964 786 497 0086, +964 786 497 0087
emel: [email protected]

Sementara itu, menurut laporan berita antarabangsa, tiga daripada negara terbabit, Iraq, Jordan dan Lubnan sudah pun membuka ruang udaranya hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini