comscore
Tumpuan :
Nasional

Rebah dan meninggal dunia ketika main bola keranjang

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola keranjang di sebuah kolej swasta di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, mangsa dikerjakan ke sebuah hospital di Cheras di sini kira-kira 10.12 malam.

“Jabatan kecemasan hospital berkenaan menerima mangsa berusia 41 tahun berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di hospital terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Katanya, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Ketua Polis Balai Cheras, Inspektor Toh Chee Haur di talian 0392050301 sambungan 302.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini