comscore
Tumpuan :
Nasional

Reda lepaskan Atan…

Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita sedang memandikan kambing peliharaan sebelum dijadikan haiwan korban sambil menitiskan air mata.

KUALA LUMPUR: Reda dan sedih adalah dua perkara berbeza serta turut mengakui sebalik-baik korban adalah haiwan yang paling disayangi.

“Hati kena reda tapi sedih itu tak boleh nak tipu. Memang sedih sangat.”Sedih. Bela dari kecil, bila sampai masa terpaksa reda (untuk dijadikan haiwan korban),

“Mandikan Atan untuk kali yang terakhir. Nanti Atan jadi saksi kat sana ok, cakap yang baik-baik untuk kami tau,”

Itu luahan sayu ditulis wanita dalam hantaran video memaparkan dirinya sedang memandikan kambing peliharaan.

Video yang dikongsikan di akaun TikTok wanita berkenaan meraih lebih 218,000 tontonan dan lebih 1,300 komen netizen serta perkongsian itu turut mendapat perhatian di Facebook.

Difahamkan, kambing berkenaan yang dinamakan Atan itu akan dijadikan haiwan untuk ibadah korban sempena Aidiladha.Video berkenaan memaparkan wanita berkenaan sedang memandikan kambing itu sambil menitiskan air mata dan ia turut meruntun hati netizen.

Menyemak di ruang komen, wanita berkenaan membalas beberapa komen netizen termasuk memberitahu biarpun dia reda melepaskan kambing peliharaan untuk dijadikan haiwan korban namun mengakui perasaan sedih tetap ada.

Menjawab kepada pertanyaan netizen yang turut bersedih kerana memilih kambing berkenaan sebagai haiwan korban, wanita itu berkata, ia kerana Atan adalah haiwan yang paling disayanginya dan sudah berusia.

Ramai yang bersimpati dan memberi kata-kata semangat kepada wanita itu.

Antaranya Sakinah Nur yang menulis, besar pahala apabila melakukan korban dengan haiwan belaan yang paling disayangi.

“Kat sana (akhirat) nanti dia (haiwan korban) jadi haiwan tunggangan kita. Sis sudah ada kenderaan kat sana. Nanti jumpa dia kat sana.. Amin, Insya-Allah,” tulisnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini