comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja antara dua ditahan terbangkan dron pada hari penamaan calon

Dron yang dipercayai terjatuh dan terkena kepala seorang wanita di Kuala Kedah. Foto tular

KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 14 tahun antara dua suspek lelaki yang ditahan selepas disyaki menerbangkan dron berhampiran pusat penamaan calon (PPC) pilihan raya negeri (PRN), hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kes pertama berlaku di PPC Kolej Vokasional Pasir Mas, Bunut Susu pada 9.45 pagi.

Artikel berkaitan: PRN 2023: Lelaki ditahan terbangkan dron atas kepala penyokong 

“Susulan itu anggota polis telah mengarahkan suspek berusia 55 tahun untuk menurunkan dron tersebut.

“Polis kemudian bertindak merampas satu unit dron DJI Mini 3 Pro dan satu alat kawalan jauh. Suspek kemudian telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhamad Zaki berkata kes kedua dilaporkan berlaku di PPC Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa kira-kira 10.03 pagi.

“Ketika kejadian seorang remaja berusia 14 tahun dikesan sedang menerbangkan dron di kawasan kejadian. Polis telah mengarahkan supaya dron itu diturunkan sebelum dirampas bersama seunit telefon bimbit iPhone 7 Plus, suspek telah ditahan dan dibawa ke IPD Kota Bharu bagi tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua kes tersebut dirujuk kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

Sebelum ini, seorang lelaki turut ditahan kerana dipercayai cuba menerbangkan dron di Pendang pada hari penamaan calon bagi PRN Kedah hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan oleh pasukan Ops Cantas kerana menerbangkan dron di atas penyokong sewaktu penamaan calon di daerah itu.

Tambahnya, dalam kejadian berasingan di Kuala Kedah, seorang wanita cedera di kepala selepas terkena dron yang jatuh mengenainya.

Loading...
Terkini