comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja maut terpelanting 50 meter

Foto: Ihsan PDRM

KOTA SAMARAHAN: Mayat seorang remaja ditemui di hadapan gereja St Francis, Kilometer 11, Jalan Datuk Mohd Musa, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan,Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, kejadian jam 1.30 pagi itu berlaku ketika remaja terbabit menunggang motosikal seorang diri dari arah Batu 7, Kota Sentosa hendak pulang ke rumah di Kampung Merdang.

“Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan ketika bergerak lurus dan telah melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri.

“Impak kemalangan ini menyebabkan penunggang motosikal tercampak ke dalam longkang dan terpelanting lebih kurang 50 meter dari tempat kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini