comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: KKM diperuntuk RM41.2 bilion, peningkatan terbesar di kalangan kementerian

FOTO: NSTP

Bagi tahun 2024, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diperuntukkan RM41.2 bilion berbanding RM36.3 bilion tahun ini, iaitu peningkatan terbesar daripada kalangan kementerian.

Sejumlah RM5.5 bilion daripadanya adalah untuk memperoleh bekalan ubat, bahan guna habis, reagen dan vaksin.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia masih belum memenuhi nisbah seorang doktor kepada 400 pesakit. Ke arah itu, ketercapaian kemudahan kesihatan akan terus ditingkatkan bagi menyurai kesesakan.

Tahun hadapan, beberapa projek pembangunan baharu akan mula dilaksanakan antaranya Kompleks Hospital Pengajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Fasa 1 di Kota Tinggi, Johor dengan kos RM938 juta; Kerja awalan bagi Pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2, Johor Bahru, Johor; Blok Patologi Tambahan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kelantan dengan kos RM175 juta;

Juga, bangunan tambahan Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor; serta Lima buah klinik kesihatan baharu antaranya di Rantau, Negeri Sembilan; Kuala Tahan, Jerantut, Pahang; Kuala Jengal, Dungun, Terengganu dan Pulau Mantanani, Kota Belud, Sabah dengan kos RM150 juta.

Kerajaan turut menyokong hasrat Sarawak untuk membangunkan sebuah Institut Kanser di Sarawak.

“Bagi terus mengawal kesesakan di hospital KKM, Kerajaan juga akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan menyumber luar pesakit ke hospital lain termasuklah hospital tentera, universiti dan swasta dengan peruntukan RM200 juta.” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini